ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR
APA ITU PERKONGSIAN MAKLUMAT?
Perkongsian maklumat adalah cara atau kaedah untuk menyampaikan sesuatu maklumat melalui pelbagai medium kepada orang lain. Ia juga melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.
Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Perkongsian ini boleh dicapai dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institusi pendidikan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bahan-bahan pembelajaran boleh diperoleh melalui laman-laman web tertentu yang memudahkan sesi pembelajaran terutamanya kepada pelajar. Perkongsian maklumat juga boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti Blog, Flickr, Slideshare, Skype, E-mail dan sebagainya.
APLIKASI-APLIKASI PERKONGSIAN MAKLUMAT
1. BLOG
Penggunaan blog membolehkan penulis blog berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran. Dengan menggunakan blog juga, pengguna mudah untuk menyelenggara dan mudah mengemaskini dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP (File Transfer Protocol), perisian pengarangan web dan sebagainya. Pelajar boleh menggunakan aplikasi blog ini untuk mencari dan meneroka lebih banyak informasi atau maklumat yang boleh menambah ilmu dan meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran. Antara faedah penggunaan blog adalah:
- Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana mampu menulis blog sendiri yang menyeronokkan dan menarik di samping berkongsi idea dengan pelajar yang lain.
- Blog juga membolehkan pelajar mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat yang disukai oleh mereka iaitu internet.
- Membolehkan pelajar berfikir secara kritis melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.
- Pelajar boleh membuat kelas jarak jauh bersama guru atau rakan walaupun berada di tempat yang berbeza.
- Pelajar juga boleh berinteraksi bersama pensyarah atau orang lain di serata dunia.
- Berkongsi pengalaman dengan orang lain.
- Mengadakan sidang video untuk mengendalikan temu bual jarak jauh dan sebagainya.
- Pelajar-pelajar dapat melakukan penulisan di Twitter tanpa terbatas kerana ia merupakan cara komunikasi yang kurang berhalangan.
- Pelajar-pelajar dapat berkongsi maklumat berkenaan pembelajaran dan kebiasaannya tidak akan saling berutus e-mel atau sms.
- Pelajar-pelajar dapat mengembangkan daya pemikiran dengan lebih berkesan kerana penggunaan Twitter meliputi pelbagai berita dan maklumat di peringkat global.
- Pelajar dapat membina set gambar untuk menyusunnya dengan mudah dan menyertai kumpulan topik perbincangan.
- Pelajar-pelajar dapat memupuk kesedaran berkomuniti antara sesama pengguna.
- Dapat mengasah bakat dan kemahiran pelajar dengan lebih mendalam terutamanya dalam bidang fotografi.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar.
- Pelajar dapat didedahkan peminat amatur serta realiti amalan profesional.
- Facebook dapat menghubungkan pelajar daripada seluruh negara secara tidak langsung mereka dapat membina komuniti pembelajaran secara maya. Kemahiran belajar mereka dapat dipertingkatkan dengan perkongsian oleh kemahiran belajar daripada rakan-rakan negara lain.
- Dapat menggalakan penglibatan secara aktif oleh para pelajar melalui cara berbeza daripada kelas biasa. Ini dapat meningkatkan lagi semangat mereka dalam pembelajaran. Pelajar lebih meminati sesuatu perkara yang baharu kerana sikap mereka yang suka menerokai sesuatu perkara.
- Memudahkan pelaksanaan tugas secara berkumpulan.Ini kerana, aplikasi ini dapat memberi kemudahan untuk berkomunikasi walau di mana sahaja berada.
Slideshare merupakan suatu laman web media di mana bertujuan bagi berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf. Perkongsian dikongsi merupakan perkongsian yang berilmiah serta bermanfaat. Kandungan Slideshare dapat disebar luaskan secara pantas melalui blog dan rangkaian sosial lain seperti Linkedln, Facebook and Twitter. Slideshare amat diminati oleh pengguna-pengguna internet. Ini dapat dibuktikan melalui komen-komen positif yang diberikan oleh pengguna. Oleh itu, tidak hairan sekiranya penggunaan slideshare amat diminati dalam kalangan pelajar. Antara fungsi slideshare dalam meningkatkan kemahiran belajar ialah:
- Menjadi platform kepada pelajar untuk berkongsi idea serta berhubung dengan orang lain. Contohnya, seorang pelajar dapat berkongsi peta minda yang telah dibuat olehnya dengan pelajar-pelajar lain.
- Memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ini kerana, pelajar kebiasaannya akan didedahkan bahan pembacaan mereka melalui buku sahaja. Oleh itu, dengan aplikasi ini dapat memberi kelainan kepada mereka dalam memperolehi maklumat secara tidak langsung dapat memupuk minat untuk terus belajar.
- Pemikiran pelajar akan menjadi lebih terbuka. Ini kerana, pelajar tidak akan memfokuskan sumber rujukan mereka terhadap suatu sumber sahaja iaitu buku sebaliknya memfokuskan kepada pelbagai sumber. Kesannya, pelajar dapat berfikir secara aras tinggi dalam membahaskan sesuatu isu ataupun perkara.
Ulasan
Catat Ulasan