Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR

Imej
  APA ITU PERKONGSIAN MAKLUMAT?      Perkongsian maklumat adalah cara atau kaedah untuk menyampaikan sesuatu maklumat melalui pelbagai medium kepada orang lain. Ia juga melibatkan proses penemuan dan mendapatkan maklumat, dan nilai yang terhasil daripada perkongsian dan penggunaan maklumat pengetahuan tersebut dalam sesebuah organisasi.       Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Perkongsian ini boleh dicapai dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institusi pendidikan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bahan-bahan pembelajaran boleh diperoleh melalui laman-laman web tertentu yang memudahkan sesi pembelajaran terutamanya kepada pelajar. Perkongsian maklumat juga boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti Blog, Flickr, Slideshare, Skype, E-mail dan sebagainya. APLIKASI-APLIKASI PERKONGSIAN MAKLUMAT 1. BLOG          Penggunaan blog membolehkan penulis blog berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pembelaj