PENGHARGAAN

 

           Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, dapatlah kami menyiapkan tugasan kerja kursus GKB 1053 Kemahiran Belajar ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Mastura Binti Halim, pensyarah untuk kursus Kemahiran Belajar ini atas bimbingan dan tunjuk ajarnya sepanjang tempoh tugasan ini disiapkan. Kami juga ingin berterima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu kerana menyediakan kemudahan lengkap seperti perpustakaan untuk mencari sumber-sumber rujukan yang berkaitan dengan tugasan kami.

          Tidak lupa juga kepada ibubapa kami kerana tanpa doa, kasih sayang dan sokongan mereka sepanjang masa, tidaklah mampu saya untuk terus tabah dalam dunia pengajian guru ini. Semoga Allah membalas jasa mereka. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kursus bahasa Melayu di IPG Kampus Bahasa Melayu ini kerana banyak memberi semangat, bertukar-tukar idea dan maklumat serta bersama-sama bertungkus lumus dalam menyiapkan tugasan ini.

            Akhir sekali, harapan kami semoga segala usaha kami ini diberkati, memberi manfaat dan menambahkan ilmu kami sebagai bakal guru bahasa Melayu. Sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini telah banyak mengajar kami ilmu baharu dan kemahiran-kemahiran mencari sumber rujukan. Harapnya segala hasil tangan kami ini diterima dan mendapat respon yang baik daripada Dr.





            

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BELAJAR